Archive for the Nisfu Syaaban Category

Nisfu Sya’aban

Posted in Nisfu Syaaban on August 28, 2007 by Jablaii

I terforget to add my blog yesterday, its about Nisfu Sya’aban. I forgot yesterday was Nisfu Sya’aban and no wonder my mom puasa kemarin. I only remember when my mother told me tadi to read surah Yassin 3 kali selepas solat Maghrib. Ikut kan hati tadi kan ke masjid ku ikut solat Magrib dan membaca surah Yassin beramai-ramai disana , tapi macam abis ku mandi atu, azan maghrib tia. So Sendiri lah ku kemarin membaca surah Yassin and doa-doa Nisfu Sya’aban. Luckily ku ada bukunya.

Kelebihan Nisfu Sya’aban:-

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban adalah sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya.

Pada malam Nisfu syaaban…Malam yang diampunkan oleh Allah semua makhluknya. didatangi 300 rahmat, melainkan orang yg syirik, peminum arak, tukang nujum, kekal dalam zina, derhaka terhadap ibu bapa dan org yg tak menegur saudaranya…

Allah berfirman dalam hadith Qudsi…( maksud).. Adalah org yg minta ampun padaKu Aku ampunkan, org yg ditimpa bala Aku afiatkan, org yg minta rezeki Aku berikan, demikianlah pertanyaan dan permintaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam Kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh2 pada malam Nifsu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka dtglah Jibril kpd rasulullah saw kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembiralah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu yang tiada menyekutukanNya, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah saw mengangkat kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga (langit). pada pintu langit 1, malaikat menyeru. Kemenangan bagi orang yg ruku’ pada mlm ini. Pada pintu langit 2, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yg sujud, pada yg ke 3, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yr minta doa, pada yang ke 4, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir, pada yang ke 5, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah, pada yang ke 6, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengamal amal kebajikan pada malam ini, pada yang ke 7, malaikat menyeru kemengan bagi orang yang meminta, maka diterima permintaannya itu dan pada ke 8, malaikat menyeru adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya rasulullah, sampai bila semua pintu ini dibuka? Sampai subuh, jawab malaikat.

Perlaksanaannya:
Lepas solat maghrib,
1. Baca Yaasin niatkan utk pjg umur dlm mentaati Allah, doa Yasin
2. Baca Yaasin, niatkan luaskan rezeki yg halal dan diberkati, doa Yaasin.
3. Baca Yaasin, niatkan mati dlm husnul khotimah, doa Yaasin.

Yang lain2 ( diiringi yg atas)
Banyak istighfar, sembahyang taubat, hajat, baca penghulu istighfar (dlm Ma’athurat ada)
Doakan keampunan ibubapa
Baca AlQuran
Bertasbih
Solat atas Nabi
Berzikir
Buat solat2 sunat yg terdaya, InsyaAllah..
Marilah kita buat bersama2…