Last Friday I sms every of the Jagongianz members to go lepak this Saturday Nite, it’s the last nite we will go lepaking during the holy month of Ramadan, especially me. After this, I won’t be able to go out again till midnite. All the ghosts, ghouls and spirits kena lepaskan on the dawn of 1st Syawal. Kena intai jua ku tu oleh those ‘things’. Damn, inda tah ku berani lagi nie jalan-jalan till late.
Anyways, Sally@Salleh one of my friends (not jagongs) texted me and ask me to joined them (my foster family n friends) for a dim sum sahur at Dynasty but i told him i couldn’t make it as aku sudah berjanji with my other friends. Lambat wah si Salleh atu bagitau, last minit, sorry lah.
9pm kami semua udah ada di Taurean D’Arch. My knee still hurt tapi bawa berjalan ku jua, biar tia. beside aku berjalan ani pun supaya malas ku mikirkan bout my knee and my other problems, so kira kan ilangkan stress lah tu. The table where we seated atu sajuk berabis sampai ku terpaksa suruh si Roseh duduk ampir2 sama aku supaya inda kesejukan. We went there d other weeks but masa tu panas banar, now sejuk brabis pulang. Complain lagi tah. We have a good laugh, ingatkan semula kenangan manis masa we went beraya sama-sama and we even talk about buat our own horoscope sendiri. Oh yeah we have a new bahasa (language) which karang tah ku buat ayatnya. Gboi, Roseh and Rina left early (11pm) so yg tinggal me and the two ladies sampai midnite.
My sis called me and kan bawa sahur dimsum at Nyonya, so i have to leave the ladies behind and ke nyonya tah ku joining my family. Makan tah lagi ni.. But inda bagi kenyang eh makan dimsum ani. After sahur at Nyonya, which is 1:30am, me, my sis, mom, bro and his wife ke Nazmi. Yeah Nazmi was still open at that time. Kadai sebelahnya pun masih buka, kedai Vinas kah tu. Late shopping banar eh, my mom beli kain banyak di Nazmi atas alasan selagi masih sale atu jua, not for raya but untuk hari lain. At 2.00am singgah ke kedai nasi katuk beli nasi lah untuk makan sahur for our maids. Sampai rumah around 230am.
That’s all bout it, to my jagongians friends, thanks for lepaking last nite and here is my ayat for the new language.
“Selalunya pada malam Jumaat, Roseh, Lina dan Milah ikut mengaji di surau berdekatan rumah mereka. Apabila sudah selesai mengaji, ketiga-tiga dara pinggitan ini berjalan kaki pulang ke rumah mereka masing-masing mengunakan laluan kubur berdekatan Surau itu. Tiga dara pinggitan ini sudah biasa dengan melintasi jalan perkuburan itu malah mereka tidak akan takut dengan kubur-kubur itu. Ketiga dara pinggitan ini bercerita-cerita sambil bergurau dan ketawa berabis sehingga Milah tidak tahan lagi menahan bladdernya kerana hendak ke siring, Roseh pula terasa jatnyawa perutnya sehingga semasa berjalan hendak menuju pulang ke rumahnya, dia sempat berkentut dengan tidak di sedari oleh Lina dan Milah. Dengan tidak di sedari, mereka terhidu bau yang tersangat busuk sekali bagaikan bangkai binatang, Lina menagur bau itu tapi di marah oleh Milah kerana tidak baik menagur kalau ada terlihat atau mencium bau pada malam Jumaat. Roseh senyum dengan lebarnya dan terus ketawa dan memberitahu Lina dan Milah yang dia tadi berkentut kerana perutnya jatnyawa sekali dan mesti ke sungai. Mereka tarus ketawa lagi. Dengan tiba-tiba dari jauh, Lina terlihat sebujur layuan menghalangi laluan mereka. Lina tidak mau memberitahu temannya kerna takut di marahi oleh Milah kerna menagur benda yang tidak elok. Dengan tiba-tiba, Layuan itu bangun dengan sendirinya dan melompat menghala ke tiga dara pinggitan ini. Apa lagi, Milah dan Lina tarus berteriak dan berlari lintang-pukang dengan ayunya, Roseh pula berlari sambil terkentut-kentut. Layuan itu tidak jadi mengekori mereka kerna tidak tahan dengan bau kentut Roseh” hahahaha…
Sekian dahulu cerita saya dengan mengunakan bahasa dalaman.