Selamat Hari Raya Aidil Adha

Setiap 10 Zulhijjah tahun hijriah, umat islam di seluruh dunia akan menyambut Aidil Adha atau lebih di kenali sebagai Hari raya Korban.

Hari raya Aidul Adha juga dikenali dengan Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan itu umat Islam yang mampu untuk menunaikan Haji ke Baitullahil Haram. Haji pada segi bahasa bererti menuju sesuatu tempat suci. Dari segi istilah syara’, Haji bererti berziarah ke Masjidil Haram (Kaabah), melakukan wukuf di Arafah dan sa’I antara Bukit Safa dan Marwa dengan cara tertentu dalam waktu dan niat yang tertentu.

Kaabah

Berkumpulnya kaum muslimin dari berbagai bangsa dan bahasa, yang berlainan rupa dan kulit di suatu tempat (Makkah) menjadi gambaran berkumpulnya manusia di Padang Makhsyar di akhirat kelak untuk menerima hisab bagi setiap amalan yang dilakukan di dunia.

Hari raya Aidul Adha juga disebut Hari Raya Qurban kerana ianya mengingatkan kita kepada peristiwa perintah qurban Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s menjalani perintah Allah s.w.t yang disebutkan di dalam surah As Saffat, ayat 102 – 103:

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : “Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu.” Ia menjawab : Hai ayahku ! kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”

Di dalam melaksanakan perintah itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya di dalam melaksanakan perintah Allah sehingga dengan kurnia Allah yang Maha Penyayang, Allah telah menghantarkan seekor kibasy untuk menggantikan Nabi Allah Ismail yang juga disebutkan di dalam Surah As Saffat, ayat 106 – 107:

“Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”

Di dalam surah Al Kauthar, ayat 2 Allah telah berfirman:

“Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhammu dan sembelihlah (qurban).”

Di dalam mentafsirkan ayat tersebut, Al Bajuri berkata : ” Bersembahyanglah engkau itu adalah sembahyang Aid, dan sembelihlah Udhiyah (kurban), membina diatas semasyhur-masyhur qaul (pendapat) bahawa yang dimaksudkan dengan sembahyang adalah sembahyang Aid dan dengan Nahar adalah menyembelih Udhiyah.” Iaitu lebih dikenali dengan nama Aidul Adha.

Selamat Menyambut Hari Raya Adha to all my friends and viewers around the world

2 Responses to “Selamat Hari Raya Aidil Adha”

  1. Azhar Norbek Says:

    Assalamualaikum….
    Jazakallah khair…..
    Harap tuan dapat berikan lagi gambaran yang jelas tentang kelebihan2 menunaokan haji berdasarkan sunnah Baginda S.A.W…amin insyaallah.

  2. Salam,sungguh menyayat hati dan kalbu bila membaca dan melihat gambar semuga dapat menerima e-mail dari pihak tuan.Terima kasih kepada yang menghantarnya kepada saya.Saya akan mengikuti website ini dari masa kesemasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: