Fadhilat dan Kelebihan Tarawih

Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-

Malam

Kelebihannya

1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3

Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama
memohonkan ampun baginya
7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20 Di beri pahala para syuhada dan salihen
21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan
25 Di hapuskan dari seksaan kubur.
26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.
About these ads

21 Responses to “Fadhilat dan Kelebihan Tarawih”

  1. Terima kasih kerna sudah di kasi tau mengenai kepalsuan topic di atas akan tetapi saya sudah di maklumi oleh teman-teman saya selepas saya membuat topic ini. :)

  2. trims

  3. bagaimana untuk menlebutkan aty kita erk…
    tolong bagi cadangan sedikit untuk saya……….

  4. muhammad fateh Says:

    Assalamualaikum…akhir zaman ini banyak perkara yang dikatakan tipu,palsu ataupun bidaah. Jangan mudah mengatakan tohmahan seperti ini. Perlu ingat pesanan baginda Nabi Muhammad S.A.W. “Umatku akan berpecah kepada 73 fikrah. Hanya satu sahaja yang diterima iaiatu AHLI SUNNAH WAL JAMAAH”. Saudara perlu ingat baki lagi 72 fikrah itu bukan selekeh2. Mereka ini menjalani amal ibadat yang hebat tetapi tidak diterima kerana masalah aqidah. 72 fikrah ini juga mempunyai ulama, komuniti, pengikut dan banyak lagi. Bayangkan daripada 73 puak hanya satu saja yang betul. Fikirkanlah..maaf jika coretan ini mengganggu dan mengguris perasaan.

  5. Salam.. Maaf, tp sy kurang faham knp ada yg nk juga ‘tak nak menggalakkan’ benda yang baik. Pd sy, kalau benda tu baik dan bermanfaat, tak salah kita lakukan.. :)

  6. pada pendapat saya lebih baik beribadah tanpa memikirkan apa kelebihan yang kita akan dapat tetapi beribadatlah seikhlasnya kepada Allah kerana itu lebih besar pahalanya. kalau kita bersungguh.. bermuladari bulan rejab lagi kita dah hidupkan malam-malam tersebut supaya di malam ramadhan tiada satu malam pun yang kita tertinggal.apa yang penting jaga hati ketika beribadat.. mudah2an kita semua peroleh keberkatan dunia dan akhirat.

  7. ganjaran2 yg telah dijanjikn…

  8. Assalamualaikum…mohon share artikel ni ye….=)

  9. rebutlah hikma d awwal ramadhan

  10. REBUTLAH PELUANG DIMALAM KE 2

  11. selamat bertarawih…..

  12. Halim Bin Khalid Says:

    Hadith ini palsu. Eloklah ditarik balik agar tidak mengelirukan umat islam yang cetek ilmunya seperti saya. Sila rujuk http://www.jais.gov.my/ramadhan/fadhilatterawih.php . Harap maklum. Terima kasih.

  13. ini palsu. harap semua orang tambahkan usaha membaca sebelum share artikel ini.
    rujuk juga website ini: http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

  14. fazlipali Says:

    rujuk pada laman rasmi jabatan agama islam…. ini salah satu dr link yg sy boleh beri,….. http://www.jais.gov.my/ramadhan/fadhilatterawih.php

  15. isnani isna Says:

    salam betul ke hadith ni palsu???harap penjelasan untuk org yang cetek ilmu islam mcm saya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: